SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. ( Siri 2)
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Sekitar tahun 2015, saya terbang ke Singapura di awal pagi. Destinasi rumah Mohamad Nazri.
Masa berlepas jam 7 pagi. Memang data amat jelas kenapa penerbangan ke Singapura dari Kuala Lumpur di awal pagi amat popular. Ramai ahli bisnes suka lakukan one day trip. Mereka akan buat mesyuarat & engagement di awal pagi & pulang semula ke KL sekitar jam 4 - 6 petang. Ini masa paling popular terbang di awal pagi & di petang. Data adalah real.
Selepas mendarat, saya & rakan saya Razi Pahlavi dijemput Nazri ke rumahnya. Dalam masa 15 minit, kami sampai. Bila masuk sahaja ke dalam rumah beliau, kami terus dihidang nasi lemak. Memamg perut dah lapar.
Detik ini adalah detik paling penting dalam cara fikir saya.
"Ramai orang termasuk bisnes belum mengetahui kepentingan big data & A.I.", Nazri mula skrip pitchingnya.
"Kita perlu mendahului pasaran," tambahnya lagi.
"Kenapa penting sangat big data & A.I.?" tanya saya.
"Kita akan jadikan semua urusan kehidupan manusia smarter, quicker & cheaper," jawab Nazri.
"How?" tanya saya. Saya mula minat.
"Data pada hari ini padat & sarat. Data di sekolah, kilang, airport, padang sukan, pasaran saham & banyak lagi amat banyak & bercambah. Cuma kita tidak mampu menganalisa semuanya. Kita perlukan smart technology bagi menganalisa & kemudian membuat ramalan & cadangan. Ini adalah predictive & prescritive A.I. Ini fokus kita," Nazri cuba menyakinkan saya.
"Ada bukti yang tangible tak?" minta saya.
"Kami dah kaji data pengagihan zakat di 700 sekolah agama di Indonesia. Dengan A.I., kami dah jumpa cara pengagihan zakat efektif kepada guru, murid, prasarana sekolah & ekosistem masyarakat sekeliling. Ada juga yang tidak efektif. Kami berjaya cadangkan cara pengagihan zakat yang lebih tepat & berkesan," yakin Nazri menjawab.
Kemudian Nazri tunjukkan beberapa kes sebenar penggunaan A.I. dalam pengurusan cuaca, logistik, power, trafik & supply chain.
Saya mula melihat kepentingan data & teknologi mengalisa data secara tepat, objektif & koheran tanpa berat sebelah & bias.
Jam 11 pagi, kami mula bertolak ke Changi Airport. Sesi 2 jam mengubah saya selama2nya.
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「data singapura hari ini」的推薦目錄:
- 關於data singapura hari ini 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於data singapura hari ini 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於data singapura hari ini 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於data singapura hari ini 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於data singapura hari ini 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於data singapura hari ini 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於data singapura hari ini 在 #keluaransgp - Explore | Facebook 的評價
- 關於data singapura hari ini 在 togel singapore | 2 januari, Oktober, Desember - Pinterest 的評價
- 關於data singapura hari ini 在 #rumussgp - YouTube 的評價
data singapura hari ini 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
15 tahun yang lalu, lelaki kelahiran China ini tiba di Singapura dengan beban hutang $100,000. Tapi hari ini net worth syarikat beliau adalah $20 Billion. 😱
.
Ini kisah Forrest Li (Founder Shopee). Dari China, masuk Singapore dan jadi orang paling kaya di Singapore. Ini baru betul “I Came. I Saw. I Conquer” 😂
.
.
Masa dia sampai di Singapore dulu, dia hanya mampu sewa bilik saja. Cerita dia gini..
.
Li ni dulu memang kaki game. Masa dia belajar Degree dulu, memang tak berapa nak pandai sangat lah. Asal ada masa terluang je dia gi cyber cafe main game.
.
Masa habis degree tu dia dapat kerja di Motorola China. Tapi dia tak minat. Sebab dia tak cukup masa nak main game 🤪
.
So apa dia buat? Dia gi amik loan untuk sambung belajar Master di Stanford University US.
.
Masa di US, Li pergi graduation ceremony awek dia (kini wife). Waktu tu, Steve Jobs yang bagi ucapan. Dia tak boleh lupa kata-kata steve jobs “Stay Hungry, Stay Foolish”
.
Ini kata-kata keramat Steve Jobs yang terus membakar semangat Li untuk kejar impian dia.
.
Bagi kaki gamers, korang mesti ingat Garena kan? Ini antara first business dia buat masa kat Singapore. (Bisnes sebelum Garena ni gagal)
.
Dia ni memang kaki game. Masa belajar di Uni dulu pun memang main game je la kerja dia. So dia nak buat bisnes dengan benda yang paling dia minat. GAME !
.
Garena mencanak naik. Tapi orang tak kenal siapa di sebalik Garena ni. Masyuk gak lah Forrest Li ni dulu. (Nama Forrest di ambil sempena Forrest Gump 🏃♂️)
.
Satu hari masa Li bercuti dengan family, dia tanya anak dia “Apa yang paling awak rindu di China?”
.
Anak dia jawab “Taobao” (Kalau korang tak tahu, Tabao ni macam shopee lah. Tapi di China)
.
Mendengar jawapan anak dia tu, Li pun dengan nada bergurau kata “Ok, nanti daddy buat satu Tabao kat sini haha!”
.
Nak jadikan cerita, gurauan Li kepada anak dia tu jadi realiti bila dia buka Shopee pada tahun 2015.
.
Di sebabkan data yang dia ada dari pengguna Garena, dia berjaya mengkaji “pattern” mobile users dia asia tenggara.
.
Memang strategi awal Li dulu adalah mobile-first. Maknanya apps yang dia nak buat wajib senang di pakai guna handphone.
.
Walaupun di consider sebagai “late-comer”, Tapi Li tak kisah. Dia onz juga projek Shopee. (So, jangan ingat bila kita lambat masuk sesuatu industry kita takkan berjaya)
.
Sebab waktu tu antara ecommerce yang famous adalah Lazada dan Tokopedia.
.
Jadi, apa strategy mereka di peringkat awal?
.
Aggresive Marketing – Mobile First – Zero Sales Commissions Strategy.
.
Ini kita boleh panggil sebagai Entry Level punya Strategy.
.
Bayangkan korang nak masuk market yang dah ramai “jerung”. Kenapa orang nak pilih kita yang baru nak masuk ni sedangkan dah ada brand besar lain seperti Lazada dan Tokopedia?
.
Nak tak nak, Li kena be very aggresive dalam marketing. Aggresive bukan bermaksud tabur duit pastu tunggu orang masuk web.
.
Aggresive bermaksud berada di semua tempat.
.
Tapi tak guna juga kalau buat marketing gila-gila tapi apps dia tak bagus. Itu datangnya pula Mobile First Strategy. Maknanya dia kena buat apps yang orang rasa senang nak akses melalui smartphone.
.
Ok sekarang dah buat aggresive marketing dan mobile first. So orang dah ramai install apps dia. Tapi masih tak cukup. Dia perlukan Seller yang ramai.
.
Bila orang masuk tapi tengok takde barang, orang tak masuk dah la. Ibarat kita masuk shopping mall yang takde kedai. Naya pak karem! Memang sekali je la pegi mall tu.
.
Kat sini pula datang strategy Zero Sales Commissions. Maknanya Shopee tak ambil sebarang komisyen kepada seller yang nak berniaga di shopee. Kira macam bagi tapak percuma la untuk peniaga. (Strategy ini buatkan shopee rugi bertahun-tahun lamanya. Keyword : sabar)
.
Ibarat macam ni : Buat marketing gila-gila > Orang mula datang > Tengok banyak kedai dan meriah dengan pelbagai pilihan.
.
Apa jadi? Orang mula ramai-ramai masuk. Seller mula dapat sales yang banyak. Seller pun bagitau seller lain yang jual kat shopee senang dapat sales. Seller lain masuk lagi ramai.
.
Pengguna pula makin seronok sebab banyak pilihan dan bermacam jenis harga.
.
Customer’s experience meningkat maka shopee menjadi bualan (word of mouth). “Kau beli kat mana benda ni?” “Aku beli kat shopee jer”
“Kau cari kat shopee jer mesti jumpa”
“Aku tengok kat shopee la murah sikit”
Biasa dengar kan? Haha!
.
Bila dah cukup masa, baru la Shopee charge komisyen. Masa ni la baru diorang kaut kerugian bertahun-tahun yang diorang tanggung. Tapi sekali kaut main billion terus haha! Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
.
.
Datang merantau ke negara orang dengan bebanan hutang tapi boleh jadi antara orang yang terkaya pula di negara tu. Power kan?
.
.
Punca awal dia yang best.
1) Kata-kata semangat Steve Jobs “Stay Hungry, Stay foolish”
Kata-kata ini buat dia kejar impian dia untuk tubuhkan Garena.
2) Kata-kata anak dia yang rindu pada Taobao. Haha!
.
.
Satu lagi yang bestnya, tak susah pun kalau nak mula niaga kat Shopee nih. Mudah sangat nak buat side income.
Ramai seller kita dah buat sales RM4-6angka secara konsisten tiap bulan kat Shopee dan ubah life mereka masa pandemik ni dalam diam. Serius! Korang pun boleh.
.
Forrest Li ni dah sediakan macam-macam marketing tools dan special day khas untuk seller Shopee, semuanya percuma je!
Tinggal kita nak ambil kesempatan dan manfaatkannya je.
.
Yang penting kena la ada ilmu nak niaga walaupun kat Shopee.
.
.
Kalau korang yang tengah planning nak tambah side income walaupun tengah bekerja tu..
.
Ada satu panduan Shopee ni Mudah & Proven untuk korang belajar dari video-video yang disediakan. Belajar dari A-Z, Basic to Advance.
.
Yang bestnya kalau korang tiada produk nak mula, No Problemo!
.
Dropship je...ada lebih 500 produk laku keras dengan harga borong walaupun 1 disediakan. Biar semuanya auto tanpa ganggu kerja hakiki.. Kasi supplier je yang uruskan, korang monitor order masuk.
.
.
Menarik kan? Ok now lets go! We stay hungry, stay foolish!
Kalau tak bermula sekarang, bila lagi?
.
Korang klik link di ruangan komen untuk mula.
👇👇👇
.
.
Coretan kredit: Syed Gadaffi
data singapura hari ini 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Melawan Covid 19....Tapi Jangan Lupa Pula Jaga Planet
Aku tersentak membaca maklumat yang dikirim oleh rakan kerja ku.
Pada mulanya aku tidak percaya. Aku baca berkali-kali. Aku termenung. Tergamam. Naik rasa geram.
Aduh, malang sekali. Dalam kita melawan covid 19, kita sakitkan planet kita dengan cara hidup yang tidak sihat. Kita cipta sampah baru. Sampah covid 19. Kita cemarkan sungai dan lautan kita dengan sampah covid 19.
Aku ingin kongsikan di sini apa yang aku baca semoga menjadi teladan.
Maklumat Sumber dari UNCTAD (Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
Jalan-jalan, pantai dan lautan kita dilanda gelombang sampah COVID-19 seperti topeng muka plastik, sarung tangan, botol botol pembersih tangan dan pembungkusan makanan.
Jarak sosial juga menyebabkan berlakunya kebanjiran produk yang dihantar setiap hari ke rumah tatkala kita beralih kepada perkhidmatan membeli-belah, memesan makanan dan mengambil barang diatas talian. Sisa plastik yang digunakan teramatlah besar.
Sebagai contoh, Malaysia berada di kedudukan tertinggi di antara enam negara yang dianalisis oleh WWF pada tahun 2019 dari segi penggunaan bungkusan plastik per kapita tahunan, sekitar 16.8 kg per orang, diikuti oleh Thailand pada 15.5 kg.
Manakala , penutupan negara selama lapan minggu di Singapura yang reda pada 1 Jun, 5.7 juta penduduk negara kota itu membuang 1.470 tan sampah plastik tambahan dari pembungkusan dan penghantaran makanan sahaja, menurut laporan yang disediakan oleh The Los Angeles Times.
Data masa kini memberitahu kita bahawa kira-kira 75% plastik coronavirus kemungkinan akan menjadi sampah yang menyumbat tempat pembuangan sampah dan bertebaran di laut laut kita.
Rakan2ku yang budiman,
Kita adalah makhluk yang paling bijaksana dan pintar. Kita sepatutnya menjadi lebik baik dan harmoni dengan planet kita dan alam sekitar kita. Alam sekitar adalah maqasid Syariah yang perlu ditegakkan. Apa guna kalau kelima-lima maqasid Syariah kita kuat dan kukuh tetapi dunia tempat kita berpijak dan berteduh serta membangun kelima-lima maqasid ini sudah sakit dan nazak. Hanya menunggu krisis alam sekitar.
#Shariahminds
MDB
data singapura hari ini 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
data singapura hari ini 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
data singapura hari ini 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
data singapura hari ini 在 togel singapore | 2 januari, Oktober, Desember - Pinterest 的推薦與評價
2019 Jan 3 - Result Sgp Live Draw Singapore pools Prize, data pengeluaran togel ... Data result keluaran togel singapura, angka keluar togel singapore hari ini. ... <看更多>
data singapura hari ini 在 #rumussgp - YouTube 的推薦與評價
PREDIKSI SGP 20 FEBRUARI 2022||BOCORAN TOGEL SINGAPURA HARI INI MINGGU||RUMUS SGP · RAJA SINGAPORE. RAJA SINGAPORE. •. 802 views 1 hour ago. ... <看更多>
data singapura hari ini 在 #keluaransgp - Explore | Facebook 的推薦與評價
pengeluaran sgp,keluaran sgp,result sgp,paito sgp, daftar sgp,data sgp,singapura pools hari ini,hasil sgp,angka ,live draw sgp padangtoto,live draw ... ... <看更多>